My Add

Friday, 31 August 2012

Polis wanita di kawasan tumpuan beli-belah elak ragut

KOTA BHARU, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seramai 157 anggota polis wanita beruniform akan ditugaskan di 15 kawasan pusat tumpuan beli-belah di sini, bagi menasihati orang ramai, terutama wanita agar sentiasa berwaspada dengan kejadian ragut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota polis wanita berkenaan akan ditugaskan selama lapan jam sehari sebagai langkah terbaru pasukan itu untuk mengekang jenayah ragut di jalanan.

"Kita akan tempatkan anggota polis wanita itu secara berkumpulan, terutama di pusat tumpuan wanita membeli-belah dan anggota tersebut akan menasihati tingkah laku pembeli yang dilihat cuai supaya lebih berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment