My Add

Friday, 31 August 2012

Pembangkang tidak mampu tandingi Barisan Nasional

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Pembangkang diyakini tidak mampu menandingi kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang berupaya mengotakan janji kepada rakyat setelah 55 tahun mentadbir negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apa yang dilakukan pembangkang adalah menabur janji tetapi tidak melaksanakannya biarpun telah diberi mandat selama empat tahun memerintah di empat negeri.

Jelas beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pembangkang perlu sedar pemerintahan mereka di negeri-negeri itu diperoleh setelah landasan dan asas kukuh dibina BN walaupun perkara tersebut tidak pernah diakui mereka.

"Apa yang pembangkang lakukan ialah tabur janji, memburuk-burukkan dan tidak langsung menyatakan kebaikan yang dilakukan kerajaan.

"Mana mungkin DAP dapat memerintah Pulau Pinang kalau landasan ke arah itu tidak begitu kukuh," kata Shafie kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penghayatan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini. - UTUSAAN

No comments:

Post a Comment