My Add

Friday, 31 August 2012

Perenang Malaysia gagal mara ke peringkat akhir

LONDON, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Dua perenang negara gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara renang Sukan Paralimpik London 2012, yang membuka tirai di Pusat Akuatik London di sini, pada semalam.

Dalam saringan pertama acara 50m gaya bebas lelaki S5 (Polio), Jamery Siga sekadar mencatat masa 39.08 saat untuk menamatkan saingan di tempat kelima, ketinggalan 5.28 saat di belakang pendahulu, Sebastian Rodriguez dari Sepanyol yang merekodkan 33.80s.

Rodriguez adalah pemegang rekod paralimpik bagi acara berkenaan dengan masa 32.62s, yang dilakukannya di Athens, Greece pada 2004.

Sementara itu, Zul Amirul Sidi Abdullah yang turut bersaing dalam saringan pertama acara berkenaan, menamatkan cabaran di tempat kelapan dengan masa 43.30s.

"Kita tidak letak sebarang sasaran dalam acara hari ini. Kita mahu atlet gunakan peluang ini untuk mengenal pasti kelemahan masing-masing untuk menghadapi acara berikutnya," kata jurulatih negara, Gan Kok Lee di sini semalam.

Bagi Zul Amirul, 40, sandaran diletakkan kepadanya untuk acara 50m kuak lentang.

Pada Sukan Paralimpik Beijing, China empat tahun lepas, Zul Amirul berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara tersebut, namun gagal meraih sebarang pingat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment