My Add

Thursday 30 August 2012

Persoal dana Utusan soalan bodoh, kebudak-budakan

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan sumber kewangan Kumpulan Utusan adalah kebudak-budakan dan tidak rasional.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebagai produk penerbitan yang telah bertapak selama 47 tahun di negara ini sudah tentu Kumpulan Utusan memperoleh pendapatan menerusi hasil pengedaran jualan dan pengiklanan.

“Apabila Penasihat Suaram, Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangan, ia dilihat sebagai tindakan kebudak-budakan dan tidak matang.

“Soalan itu adalah soalan bodoh. Bagaimana seorang yang tak faham mengenai perjalanan syarikat boleh jadi Penasihat Suaram.

“Lagipun Kumpulan Utusan adalah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, mempunyai pemegang saham dan polisinya tersendiri," katanya dalam blognya http://umnobahagiancheras.blogspot.com di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment