My Add

Friday 31 August 2012

Majoriti sokong meterai protokol eksport sarang walet

PUTRAJAYA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Selepas mengadakan perbincangan hampir lima jam, majoriti daripada 21 persatuan pengusaha sarang burung walet akhirnya bersetuju menyokong kerajaan menandatangani protokol eksport ke China pada 20 September ini.

Perjumpaan di Wisma Tani di sini hari ini bagaimanapun terpaksa ditangguh selama 45 minit apabila pengusaha gagal mencapai kata sepakat mengenai beberapa isu termasuk berkenaan sijil pengenalan frekuensi radio (RFID).

Walaupun majoriti daripada kira-kira 100 wakil pengusaha sarang burung walet menyokong protokol tersebut, segelintir daripada mereka membantah kerana dokumen itu hanya membenarkan eksport sarang burung mentah bersih tetapi tidak merangkumi sarang burung mentah belum bersih.

Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, protokol eksport dengan China perlu ditandatangani terlebih dahulu sebelum kedua-dua negara berbincang mengenai eksport sarang burung mentah belum bersih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment