My Add

Friday 31 August 2012

MB Kedah letih, diminta berehat


SHAH ALAM, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Menteri Besar Kedah telah dinasihatkan oleh doktor “agar berehat” dan akan memanggil mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam waktu terdekat, yang akan diadakan di hospital, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

Mustafa berkata, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya mengalami keletihan, keadaan yang tidak perlu dibimbangi oleh rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas sendiri.

“Saya diberitahu MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.

“Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas tidak perlu bimbang dengan hal ini,” kata Mustafa dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian petang ini.

No comments:

Post a Comment