My Add

Thursday 30 August 2012

Assad dakwa tentera Syria perlu masa untuk menang

DAMSYIK, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini berkata, pasukan keselamatannya perlu masa untuk menang dalam peperangan saudara dan mengutarakan pandangan memperkenalkan zon bebas bagi menempatkan pelarian.

Assad memberikan kenyataan itu selepas muncul dalam program temubual dengan stesen Addounia yang pro-rejim selepas kejadian serangan bom di pinggir Damsyik yang mengorbankan 27 orang, Selasa lalu. 

“Saya boleh menyatakan bahawa kami sedang maju dan keadaan di medan perang semakin bertambah baik. Namun, kami masih belum menang lagi dan ia akan mengambil masa," katanya.

Beliau juga menolak kenyataan bahawa ideanya mewujudkan zon bebas berkenaan di sempadan Turki bagi memboleh pelarian mudah memasuki ke negara jiran jika berlaku konflik. - AFP

No comments:

Post a Comment