My Add
Thursday, 30 August 2012
Wanita didakwa bunuh anak
*T. PARIMALA menutup muka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Ipoh, Perak, semalam. - BERNAMA
Oleh ROKIAH ABDULLAH
IPOH, RABU, 29 Ogos, 2012: Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak perempuan wanita itu yang berusia empat tahun tujuh bulan, pada pertengahan bulan ini.
T. Parimala, 33, dan S. Kupertasan, 27, didakwa secara bersama membunuh J. Pavitra antara pukul 8 malam, 7 Ogos lalu dan pukul 5.20 petang, 14 Ogos lalu di rumah No. 152, Lorong Tawas 9, Kampung Tawas di sini.
Pavitra meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia berhampiran Kampung Tawas pada 14 Ogos lalu.
Laporan bedah siasat menunjukkan kematian kanak-kanak itu berpunca daripada pendarahan dalaman terutama di kepala. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment