My Add

Thursday, 30 August 2012

Bersih: Polis akan menjaga keselamatan semua pihak

SHAH ALAM, RABU, 29 Ogos, 2012: Polis akan menjaga keselamatan semua pihak termasuk penganjur yang mengadakan perhimpunan Janji Bersih bagi memburukkan kerajaan pada malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak polis tidak akan 'memilih bulu' dalam soal menjaga keselamatan awam dan sentiasa memastikan tanggungjawab itu dilakukan dengan baik.

Beliau berkata, keselamatan orang ramai adalah penting kerana pihaknya sedar lebih ramai orang awam akan hadir dengan semangat bersatu padu sambil meraikan malam Ambang Merdeka itu tanpa mahu diganggu oleh mana-mana pihak yang mempunyai niat jahat.

"Apa yang penting pada kami adalah keselamatan semua pihak tanpa memilih bulu dan pada malam esok pihak polis akan tetap ditempatkan di sana (Dataran Merdeka)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment