My Add

Friday 31 August 2012

IMF, Bank Dunia selesai krisis ekonomi Eropah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Badan antarabangsa Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia serta negara-negara dunia disaran untuk memberi fokus dalam menyelesaikan krisis ekonomi Eropah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, krisis ekonomi Eropah yang berlanjutan selama tiga tahun sejak tahun 2009 lalu telah mengakibatkan penurunan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia.

“Sebahagian besar negara dunia, terutama negara-negara maju terdedah kepada pertumbuhan yang rendah seterusnya mencatatkan pertumbuhan negatif hingga dua peratus bagi suku tahun pertama dan suku tahun kedua.

“Dalam melaksanakan pertumbuhan bagi sesuatu negara, pemimpin-pemimpin negara hendaklah turut memikirkan kepada kedudukan pertumbuhan ekonomi dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi “Masa depan global dan perspektif pertumbuhan bagi kawasan Asia Pasifik" di Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asia Pasifik di Moscow, Rusia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment