My Add

Thursday 30 August 2012

Najib ucap tahniah kepada Zeti Aziz

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kerana mencapai mata "A" dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang dikeluarkan oleh Global Finance.

"Tahniah Zeti Aziz kerana mendapat "A" dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat," katanya dalam tweet terbaharu beliau semalam.

Zeti adalah satu daripada enam pemimpin bank pusat yang mengekalkan "A".

Beliau memperoleh "A" pada tahun lepas dan 2010.

Ketua bank pusat lain yang mengekalkan mata "A" termasuk Amando Tetangco Jr dari Filipina, Fai-Nan Perng dari Taiwan, Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens, dan Gabenor Bank of Israel Stanley Fischer.

Rencana Central Banker Report Card itu, yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, menggred para Gabenor Bank Pusat 50 negara utama (dan Bank Pusat Eropah) pada skala "A" hingga "F" bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment