My Add

Thursday, 30 August 2012

DAP cuma perjuang dinasti Lim?

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: DAP didakwa hanya mempunyai satu agenda iaitu memperjuangkan kesinambungan dinasti Lim yang diterajui Lim Kit Siang sebagai Penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, R.Vellasamy mendakwa, dinasti Lim seolah-olah sebuah perniagaan keluarga berteraskan politik apabila Kit Siang 'bekerja keras' memastikan anaknya berkuasa dalam DAP.

Vellasamy turut mempersoalkan mengapa sehingga kini Penasihat DAP itu hanya mendiamkan diri berhubung pelbagai tuduhan liar terhadap anaknya.

Menurutnya, Kit Siang tidak pernah memberi sebarang maklum balas mengenai pelbagai dakwaan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap Guan Eng sehingga ada ahli parti yang kecewa dan bertindak meninggalkan DAP. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment