My Add

Thursday 30 August 2012

Tangan hampir putus ditetak peragut



*ORANG ramai membantu Rohairani Abdullah yang menjadi mangsa ragut dan tetak di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Aizzul A.Majid

KOTA BHARU, RABU, 29 Ogos, 2012: Seorang wanita yang cuba menyelamatkan beg tangannya daripada diragut, hampir putus pergelangan tangan kirinya akibat ditetak dengan parang beberapa kali oleh penjenayah terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika mangsa, Rohairani Abdullah, 36, sedang berjalan berseorangan di hadapan kedai di Pusat Jualan Tudung, Jalan Sultanah Zainab di sini.

Mangsa yang berasal dari Pintu Geng dikatakan baru keluar dari kenderaannya untuk ke kedai tudung berkenaan sebelum dia dihampiri seorang lelaki.

Seorang saksi yang juga pekerja di kedai tudung berkenaan, Hidayah Daud, 21, berkata, kejadian berlaku betul-betul di hadapan matanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment