My Add

Sunday 12 August 2012

1.5 juta pelajar IPTA nikmati kad diskaun siswa 1Malaysia

BERA, SABTU, 11 Ogos, 2012: Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penuntut akan mendapat potongan harga 10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera dan sebagainya dengan kad tersebut.

"Kad tersebut bertujuan meringankan bebanan para pelajar di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga murah dan berpatutan mengikut kemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pembiayaan pendahuluan (WPP) kepada 182 pelajar di kawasan Parlimen Bera yang berjaya ke institusi pengajian tinggi, di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Syarikat Penerbangan Malaysia dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit memberikan potongan harga kepada pelajar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment