My Add

Wednesday 15 August 2012

287 kemalangan dicatat harii ke 2 Ops Selamat

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Sebanyak 287 kes dengan satu kemalangan maut di sekitar ibu negara dicatat sepanjang dua hari Ops Selamat yang bermula Ahad lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata, sebanyak 120 kes dicatat pada hari pertama Ops Selamatdiikuti 167 kes semalam dengan satu kemalangan maut membabitkan pejalan kaki di Jalan Puchong.

"Kami masih cuba untuk meminimakan angka kemalangan ini, terutama kemalangan maut, dan apa yang dapat saya lihat sejak dua hari Ops Selamat dilancarkan, ada sedikit penurunan kes kemalangan berbanding sebelum ia dilancarkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Desa, di sini semalam.

Mohmad menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya serta merancang perjalanan mereka bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama yang ingin pulang ke kampung. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment