My Add

Tuesday 7 August 2012

3 maut nahas di Pahang

KUANTAN. SELASA, 07 Ogos, 2012: Tiga lelaki maut dalam kemalangan berasingan di Pahang, semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 155.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pemandu kereta Myvi, Siew Taat Heng, 25, berasal dari Kuala Lumpur mati di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori pada jam 12.50 pagi. 

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata mangsa yang memandu kereta dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan dipercayai mengantuk, melanggar bahagian belakang lori muatan besi yang bergerak perlahan di lorong kiri.

Sementara itu dalam kejadian jam 1 pagi di KM41 Jalan Kuantan-Maran, seorang pembonceng motosikal Yamaha maut manakala penunggangnya cedera selepas terlanggar lubang sebelum terbabas.

Mangsa, Mohamad Wajdi Faiz, 22, mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, manakala rakannya, Muhammad Khalid Abd Hamid, 26, cedera.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Maran menuju ke Kuantan melanggar lubang di permukaan jalan lalu terbabas ke kiri jalan.

Beliau berkata semua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment