My Add

Friday 10 August 2012

Bekalan wang kertas baru mencukupi: BNM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Wang kertas baru mencukupi untuk memenuhi permintaan musim perayaan bagi urus niaga perniagaan dan pembayaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, semua bank komersial dikehendaki memastikan cawangan mereka mempunyai bekalan wang kertas mencukupi bagi memenuhi permintaan orang ramai. 

Bagi mereka yang menghadapi sebarang kesukaran mendapatkan wang kertas baru, boleh menghubungi hotline 03-26907613/03- 26988044 sambungan 7402/8658 atau emel ke ncs@bnm.gov.my - BERNAMA

No comments:

Post a Comment