My Add

Thursday 16 August 2012

Gadis 22 tahun berjaya dibawa pulang dari Lombok

SEPANG, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Seorang gadis berusia 22 tahun yang melarikan diri mengikut kekasihnya ke Lombok Tengah, Indonesia pada Jun lalu berjaya dibawa pulang ke tanah air malam semalam oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan disatukan dengan keluarganya.

Ketibaan Nur Shahira Samsuri yang berasal dari Jitra, Kedah pada jam 11.15 malam disambut Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan anggota keluarganya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

KP1M turut membawa pulang seorang warga Lombok Barat Madon Saban, 31, untuk disatukan dengan isterinya, Suriani Abdul Wahab, 21.Turut serta anak pasangan itu yang berumur empat tahun, Ismadani.

Suriani Abd Wahab, 21, yang mengikut Madon ke kampungnya, dibawa pulang KP1M untuk disatukan dengan keluarganya di Baling Kedah, pada 29 Mei lalu.

Ketika ditemui pemberita, Nur Shahira yang bakal mengikuti pengajian Sarjana Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor sesi 2012/2013 pada awal September nanti berkata dia amat menyesal dengan apa yang dilakukannya.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment