My Add

Monday 13 August 2012

Kelantan setuju ikut Pusat bayar bonus

KOTA BHARU, AHAD, 12 Ogos, 2012: Kerajaan Kelantan mengikuti langkah kerajaan Pusat yang bersetuju memberikan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata bonus itu akan dibayar mulai hari ini kepada lebih 5,000 kakitangan awamnya.
"Kerajaan negeri menerima pakai berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sebagaimana yang diumumkan kerajaan Pusat.

“Saya difahamkan bayaran itu akan dilakukan mulai esok (hari ini) kepada lebih 5,000 kakitangan awam negeri ini," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kuih raya Aidilfitri daripada kerajaan negeri kepada 13 pasukan keselamatan di Dewan Teratai Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Ahmad berkata, pemberian bonus itu diharap dapat dimanfaatkan penjawat awam negeri ini, terutama sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Pada 25 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam serta Bayaran Khas Kewangan RM500 kepada pesara kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan negeri menghargai tanggungjawab anggota keselamatan dalam menjamin keamanan dan keselamatan rakyat sepanjang masa.
Katanya, tugasan anggota keselamatan mengawal kawasan sempadan dan perbatasan daripada anasir dan musuh adalah tugas mulia dan disanjung tinggi.

“Jadi hari ini, kerajaan negeri mengambil peluang mengagihkan sumbangan kuih raya Aidilfitri kepada pasukan keselamatan.

“Ketika umat Islam menyambut ketibaan Aidilfitri bersama keluarga, ada di kalangan anggota pasukan keselamatan berjauhan dari keluarga kerana melaksanakan tuntutan tugas mengawal keselamatan negara,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment