My Add

Friday 17 August 2012

Konflik selatan Filipina: 45,000 pelarian dipindahkan

COTABOTA, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Kira-kira 45,000 pelarian terpaksa dipindahkan ekoran pertempuran sengit antara tentera Filipina dan kumpulan militan di selatan negara ini.

Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, separuh daripada jumlah pelarian yang dipindahkan itu hidup dalam keadaan miskin di surau dan sekolah yang dijadikan sebagai kem-kem perlindungan.

"Kem-kem pelarian sangat padat dan kadang-kala terdapat lapan hingga 10 keluarga terpaksa berkongsi dalam satu bilik.

"PBB bimbang mengenai soal keselamatan ekoran terdapat laporan mengatakan anggota militan yang menyamar sebagai pelarian untuk menyelusup masuk ke dalam kem terbabit ," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment