My Add

Friday 10 August 2012

LZS terima zakat niaga RM2.2j daripada 50 syarikat, individu

SHAH ALAM, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 50 syarikat dan individu lebih RM2.2 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Syariah LZS, Datuk Mohd Mokhtar Shafie, berkata antara syarikat berkenaan ialah Bank Islam (M) Berhad yang menunaikan zakat RM625,309, Advance Air Traffic System (M) Sdn Bhd (RM459,887), Takaful Ikhlas Sdn Bhd (RM226,485) dan Universiti Multimedia (RM150,000).

"Syarikat lain yang turut menyerahkan zakat perniagaan itu ialah Felcra Berhad iaitu RM70,731, Koperasi Tentera (RM62,135) dan Bank Simpanan Nasional (RM60,727) serta seorang usahawan, Datuk Azman Nordin (RM100,000)," katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata, LZS turut mengagihkan bantuan zakat kepada lima individu RM148,957 bagi bantuan modal perniagaan, rumah baru dan perubatan.

Rosnah Haron yang menerima bantuan perubatan untuk anaknya, RM21,431 berkata bantuan itu dapat membantu meringankan bebannya yang menghabiskan separuh daripada gajinya untuk membiayai kos perubatan setiap bulan.

"Saya perlu menggunakan wang yang banyak untuk kos perubatan dan susu yang mahal dan saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu selama ini. Saya masih berharap Muhammad Ammar Azman dapat sembuh," katanya.

Muhammad Ammar, 21, bekas pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bidang kejuruteraan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berada dalam keadaan terlantar dan separuh sedar sejak terbabit dalam kemalangan Oktober tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment