My Add

Tuesday 7 August 2012

Mati ditindih lapan suspek


*POLIS mengiringi sebahagian daripada lapan suspek kes bunuh seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Oleh ANI AWANG
BUKIT MERTAJAM, ISNIN,  06 Ogos, 2012: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi mangsa satu ritual aneh apabila ditindih sehingga mati oleh lapan orang dewasa yang terdiri daripada ahli keluarga dan pembantu rumahnya, malam tadi.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah rumah dua tingkat milik keluarga itu di Taman Bukit Minyak, Bukit Tengah dekat sini yang dipercayai bermula sejak pukul 2 pagi semalam.

Mangsa yang identitinya dirahsiakan polis disyaki mati kerana tidak boleh bernafas dan kejadian itu hanya disedari bapa saudara kanak-kanak berkenaan yang berkunjung ke rumah tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment