My Add

Wednesday 8 August 2012

Najib akan melawat, berbuka puasa di Kuching Jumaat

KUCHING, RABU, 08 Ogos, 2012: Datuk Seri Najib Razak akan melawat Kuching pada Jumaat dan akan menyertai orang kenamaan negeri dan warga tempatan berbuka puasa di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya di sini.

Pengerusi penganjur, Datuk Misnu Taha, yang juga timbalan ketua setiausaha negeri hari ini berkata, perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Puan Sri Raghad Kurdi Taib ke majlis itu.

Dijadual turut hadir ialah menteri dan menteri muda Sarawak, ahli parti komponen Barisan Nasional, pemimpin masyarakat, ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Najib dan ketua menteri juga dijangka berucap dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik pada majlis itu.

Perdana menteri dijadual terbang ke Sabah dari sini, keesokan harinya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment