My Add

Thursday 16 August 2012

Paip tangani masalah air semasa Aidilfitri

KUANTAN, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) akan menyediakan 294 tangki air statik di kawasan yang dikenal pasti sering mengalami masalah bekalan air bagi memastikan pengguna mendapat air yang mencukupi pada musim Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Paip Datuk Mohd Zahari Md Isa berkata penggunaan air di Pahang dijangka meningkat berganda semasa musim perayaan Aidilfitri ini.

"Seperti biasa dalam musim perayaan, tradisi balik kampung akan menyebabkan penggunaan air meningkat berganda di Pahang.

"Mengikut rekod Paip, akan berlaku kekurangan bekalan air dan gangguan bekalan air di beberapa kawasan terutama di kawasan Felda dan kampung-kampung tradisonal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan turut menyediakan 32 lori tangki yang boleh bergerak ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

"Selain itu kami juga akan mengatur pekerja-pekerja bagi menyelenggara kerosakan sistem bekalan air dengan segera dalam tempoh perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai masalah air di kawasan mereka boleh menghubungi pusat aduan di talian 09-5739999 dari pukul 7.30 pagi hingga 11 malam setiap hari. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment