My Add

Monday 6 August 2012

Pendekatan islah untuk gerak negara ke arah kemajuan: Najib

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Program Transformasi Negara yang sedang berlaku sekarang sentiasa mengambil pendekatan melalui konsep 'islah' untuk mencapai sasaran sebagai sebuah negara maju.

Beliau berkata, pendekatan 'islah' ini berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi.

"Kini, kita mengorak langkah islah kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya-Allah," katanya dalam perutusan sempena Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah, hari ini, dalam blognya, 1malaysia.com.my.

Beliau juga berdoa agar dengan keberkatan Nuzul Al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan ini, Allah akan menyatukan hati umat Islam di negara ini bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia.

Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan ini merupakan panduan lengkap dan bermukjizat bagi manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi, katanya.

Beliau berkata, berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan meletakkan al-Quran sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam.

Al-Quran diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-Qaf) secara komprehensif, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment