My Add

Wednesday 15 August 2012

PKR: Tender baru NFC muslihat 'lupus' hutang NFCorp

   Rafizi Ramli
NURUL AINI MOHAMAD ALI
SHAH ALAM, RABU, 15 Ogos, 2012: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan satu muslihat bagi melupuskan hutang National Feedlot Corporation (NFCorp) berjumlah RM250 juta.

Sambil menegaskan perkara itu tidak disedari rakyat Malaysia, Rafizi berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan.

"Dan, NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Rafizi berkata, beliau memandang berat kenyataan yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kelmarin bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil masih belum iselesaikan.

Katanya, sehingga kini Perdana Menteri masih belum mengesahkan bhawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari lalu dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli.

Selain itu katanya, Perdana Menteri beliau mengesahkan dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat.

Katanya, Perdana Menteri juga belum mengesahkan bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.

"Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara ini dilaksanakan," katanya.

Selain itu jelas beliau, adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Najib sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp, Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu dan Noh untuk mendapatkan jaminan peribadi setiap anggota keluarga Shahrizat bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya.

"Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.

"Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih," kata beliau lagi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment