My Add

Tuesday 7 August 2012

Semangat Chong Wei satukan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, ISNIN. 06 Ogos, 2012: Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei gagal memenangi pingat emas di temasya Olimpik London semalam, namun bagi rakyat Malaysia, beliau sebenarnya berjaya menghadiahkan kemenangan tidak ternilai kepada hati mereka semua.

Bagi rakyat Malaysia, bukan kemenangan pingat lebih penting tetapi semangat juang yang ditunjukkan oleh Chong Wei melalui sukan badminton berjaya menyatukan hati dan melahirkan perasaan bangga mereka kepada negara.

Bukan itu sahaja, mereka turut bangga dengan sikap Chong Wei yang begitu merendah diri dengan meminta maaf terhadap semua rakyat Malaysia kerana tidak berjaya membawa pulang pingat emas yang diidamkan semua.

Perasaan itu jelas ditunjukkan melalui komen mereka di laman sosial Facebook dan Twitter yang melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada Chong Wei kerana perjuangannya menentang lawan tradisi dari China, Lin Dan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment