My Add

Friday 10 August 2012

Tindakan KDEB arah Abbas kurangkan air terawat dipersoal

SHAH ALAM, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan pengurusan atasan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) yang didakwa menggeluarkan arahan kepada Konsortium Abbas Sdn. Bhd. (Abbas) untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di negeri itu.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed mendakwa arahan itu dibuat melalui sepucuk surat pada 2011 oleh pengurusan atasan KDEB mengarahkan pengeluaran air terawat dikurangkan dari 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari.

"Apa niat mereka mengeluarkan arahan sebegitu, adakah bertujuan untuk mensabotaj sesiapa termasuk rakyat Selangor. Malah saya juga hairan siapakah yang menggarahkan perkara ini dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mendakwa tindakan itu menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Mohd. Zin turut mempersoalkan tindakan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mengadakan bantahan berhubung isu air di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kajang baru-baru ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment