TOKYO, SELASA, 21 Ogos, 2012:: Seorang wartawan Jepun terbunuh di Syria ketika sedang membuat liputan mengenai perang saudara di negara bergolak itu, kata kerajaan Jepun hari ini.
Mika Yamamoto, seorang wartawan veteran yang bertugas dengan The Japan Press, dan juga pemberita bebas dalam zon konflik, dibunuh semalam di bandar barat laut Aleppo, kata jurucakap Kementerian Luar di Tokyo, Masaru Sato
Sato berkata, wartawan berusia 45 tahun itu ditembak semasa dia dan rakannya sedang mengikuti rombongan tentera pembebasan Syria, yang cuba menjatuhkan pemerintahan rejim Presiden Bashar al-Assad.
Sementara itu, video yang disiarkan di laman YouTube semalam oleh aktivis di Syria menunjukkan mayat wanita Asia dibalut dengan selimut di dalam sebuah van. - AFP
No comments:
Post a Comment