My Add

Tuesday 23 October 2012

200,000 dapatkan khidmat AKPK

Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Sebanyak 198,870 orang telah mendapatkan khidmat pengurusan kewangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sejak ia mula ditubuhkan pada 2006 hingga bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koid Swee Lian berkata, daripada jumlah itu, seramai 81,596 orang telah dibantu oleh agensi berkenaan menerusi Program Pengurusan Kredit.

“Berdasarkan statistik yang dikumpul, masalah penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi masih menjadi faktor utama kegagalan individu membayar balik pinjaman.

“Justeru, Program Pengurusan Kredit ini membantu peminjam memulakan bajet yang menjadi panduan dalam menunaikan pembayaran hutang dan perbelanjaan hidup, sekali gus mengurangkan pinjaman tidak berbayar dan berlakunya rampasan rumah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment