My Add

Tuesday 16 October 2012

33 projek IBO jangka raih perolehan RM1.58 bilion: Najib

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Sebanyak 33 projek di bawah inisiatif Peluang Perniagaan Inovasi (IBO) dijangka meraih RM1.58 bilion dalam perolehan dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semasa mengumumkan hasil Fasa 1, inisiatif IBO dan pewujudan kekayaan strategik lain di Parlimen hari ini, beliau berkata daripada 42 IBO awal yang ditawarkan melalui pembidaan kompetitif telus, sebanyak 15 diambil oleh rakan kongsi industri untuk dikomersilkan manakala 18 yang lain dalam pelbagai peringkat rundingan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata potensi jumlah hasil untuk 15 projek dianggarkan sebanyak RM832 juta dan 18 dalam rundingan mempunyai potensi menambah RM748 juta lagi untuk pendapatan negara kasar.

"Perlu diingat bahawa hasil di atas berjumlah RM1.58 bilion dalam tempoh tiga tahun adalah peluang kekayaan baru yang didapati oleh kerajaan.

"Ini yang dilakukan oleh kerajaan yang bertanggungjawab - menghasilkan keputusan yang boleh dilihat dan ketara untuk rakyat melalui komuniti perniagaan bukan retorik semata-mata atau membuat janji-janji kosong. Keputusan sebenar datang dari kerja yang sebenar, bukan rancangan khayalan. "

Najib turut mengumumkan fasa kedua IBO yang melibatkan 50 produk atau teknologi baru dengan potensi pendapatan RM560 juta pada tahun ketiga. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment