My Add

Tuesday 2 October 2012

Anwar mungkin diktator PKR, tetapi melutut depan Karpal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 0ktober, 2012- Penyokong setia Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan berhati-hati dalam memberi undi kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana besar kemungkinan undian itu bukan untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sebaliknya untuk Karpal Singh.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku kerana ketika ini Ketua Pembangkang itu sentiasa meletakkan keutamaan kepada Pengerusi DAP tersebut dalam banyak perkara termasuk berkaitan agama Islam.

‘‘Anwar mungkin dilihat sebagai pemimpin diktator dalam PKR. Tiada siapa dalam parti itu berani mempertikaikan keputusannya termasuk dalam kalangan pemimpin-pemimpin Pas. Mereka rata-rata lebih rela menjadi pencuci segala perilaku buruk Anwar.

‘‘Hakikatnya, Anwar itu bukanlah diktator yang kononnya tidak takut kepada sesiapa. Anwar akan melutut kepada Karpal kerana peguam tersebut lebih mengetahui segala rahsia peribadinya terutama dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan semalam mendedahkan bahawa Anwar sejak berada dalam kerajaan lagi telah bersikap angkuh dan tidak boleh bertolak ansur termasuk apabila melibatkan sesuatu perkara berkaitan kepentingan rakyat.

SD Johari berkata, pengundi PKR diseru supaya membuat pertimbangan yang sewajarnya pada pilihan raya umum nanti kerana dibimbangi boleh memakan diri sendiri.

Beliau berkata, sejak penubuhan PKR, Anwar sememangnya terkenal sebagai individu yang menurut telunjuk DAP walaupun terpaksa menggadai bangsa dan agama.

‘‘Sekurang-kurangnya penyokong-penyokong PKR membuat sedikit penilaian terhadap isu-isu yang melibatkan Ketua Pembangkang itu selama ini dan bukannya menerima semua yang dinyatakan oleh beliau,’’ katanya. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment