My Add

Monday 8 October 2012

Bicara kes saman Shahrizat terhadap Zuraida ditangguh Rabu ini
                                                              Shahrizat Jalil

KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Perbicaraan kes saman RM100 juta yang difailkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan seorang lagi ditangguhkan kepada Rabu ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Razlan Hadri, yang mewakili Zuraida, peguam Ranjit Singh, mewakili pengarah strategi PKR Mohd Rafizi Ramli serta peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bagi pihak Shahrizat.

Razlan ketika ditemui pemberita berkata perbicaraan itu yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan ke Rabu kerana pihaknya memerlukan masa untuk menyenaraikan seramai 72 orang saksi serta meneliti dokumen yang berkaitan.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfail saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi, selaku defendan berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai ganti rugi teladan dan teruk daripada defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau penerbitan terhadap beliau berhubung NFC atau syarikat bersekutu.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment