My Add

Monday, 1 October 2012

Bukan bajet ‘Selamat Tinggal’

PADANG RENGAS, AHAD, 30 September, 2012: Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu bukan belanjawan ‘selamat tinggal’ atau pembahagian wasiat dan harta dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti didakwa pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sebaliknya ia mencerminkan usaha kerajaan menyampaikan kekayaan negara kepada seluruh rakyatnya.

Mohamed Nazri mendakwa, selain akibat ketandusan modal, tuduhan itu juga sengaja dibuat pihak terlibat kerana rasa cemburu terhadap kemampuan kerajaan menunaikan dan menepati segala janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum ini.

‘‘Kerajaan tidak seperti pembangkang yang melaungkan negara kebajikan sedangkan negeri yang ditadbir oleh mereka bermasalah seperti bekalan air, perumahan untuk rakyat serta banyak lagi yang tidak dapat ditunaikan.

‘‘Apa yang kita (kerajaan) cuba laksanakan ialah sentiasa melakukan yang terbaik mengikut kemampuan bukan retorik semata-mata, malahan sasaran utama dalam Bajet 2013 ialah bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan," katanya selepas menyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Sukan Tahunan 2012 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Ladang Kati dekat sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan beberapa pemimpin Pas yang mendakwa Bajet 2013 merupakan belanjawan selamat tinggal dari Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan sebagai wasiat dan pemberian harta.

Sambil membidas tuduhan itu, Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menyifatkan pandangan tersebut sebagai kebudak-budakan.

‘‘Begitu juga pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bajet itu tidak mencerminkan ke arah ketakwaan kerana menggula-gulakan rakyat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment