My Add

Saturday 20 October 2012

Dua kenderaan mewah dilarikan penjenayah ditemukan semula

MELAKA, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Polis berjaya menemukan semula dua buah kenderaan mewah jenis BMW 5 Series dan Porsche Panamera bernilai RM1.3 juta yang dilarikan penjenayah dari sebuah banglo dua tingkat di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini kelmarin.

Dua buah kenderaan milik seorang ahli perniagaan itu ditemukan di tepi jalan berhampiran Taman Bahariah Indah, Muar, Johor pada pukul 10 pagi semalam setelah dilarikan lebih 24 jam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment