My Add

Sunday 14 October 2012

Elak penipuan Internet dengan logo PUIM

PUTRAJAYA, AHAD, 14 Oktober, 2012: Pengguna yang gemar membeli-belah secara dalam talian dinasihatkan supaya melakukan pembelian melalui laman web yang mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) untuk mengelakkan penipuan.

Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor berkata, nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan Internet telah disahkan oleh pihak persatuan.

"Sekiranya pelanggan berdepan penipuan atau sebarang masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut.

"Buat masa ini sebanyak 130 syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di Internet telah mendapat logo PUIM,'' katanya selepas menghadiri perjumpaan usahawan Internet di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment