My Add

Thursday 25 October 2012

GAFIM mahu turut serta dalam FFM ke-25

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) memohon Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk mempertimbangkan penyertaannya dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25, Disember ini.

Setiausaha Agung GAFIM, Yusof Kelana, berkata persatuan yang mewakili 11 persatuan di bawahnya itu telah bekerjasama dengan Finas dalam menganjurkan FFM sejak 1986.

"Kami tidak tahu kenapa FINAS tidak melibatkan kami dalam FFM kali ini dan kami meminta agar pihak berkenaan dapat memberi sebab," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, GAFIM tidak pernah menyuarakan hasrat untuk tidak terlibat dalam acara yang memasuki sambutan Jubli Perak itu yang dijangka berlangsung pada 30 Disember ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment