My Add

Sunday 14 October 2012

Kerajaan sedia program latihan bantu siswazah

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012:Siswazah menganggur kini diberi peluang unik mengikuti program latihan selama enam minggu tajaan kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Dikenali sebagai Graduate Career Accelerated Programme (GCAP), program ini menawarkan latihan peningkatan kemahiran untuk mencerahkan peluang siswazah diambil bertugas dalam industri perkhidmatan.

Program latihan ini mengutamakan pemberian pengalaman dan bersifat interaktif untuk memberi kelebihan istimewa kepada peserta, di samping mempersiap lepasan universiti untuk menghadapi cabaran pasaran kerja yang amat berdaya saing kebelakangan ini.

GCAP, yang ditaja TalentCorp - sebuah badan di bawah Pejabat Perdana Menteri - diurus My-Partners Sdn. Bhd. dan disusun serta dilaksanakan oleh Scicom Education Group untuk memberi pendidikan formal serta mempersiap modal insan berkelayakan menyertai industri pengurusan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Operasi Scicom Education Group, Jude Mohan berkata, GCAP dijalankan dalam bahasa Inggeris dan memberi penekanan untuk menambah baik kemahiran komunikasi lisan para pelatih.

Maklumt lanjut boleh didapati melalui www.gcap.my, e-mel:
myfuture@scicom.com.my atau menghubungi 03-21764888. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment