My Add

Sunday 28 October 2012

Khutbah bertentangan Islam

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED/ery
KUALA LUMPUR,  SABTU, 27 Oktober, 2012: Khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana menghentam kerajaan selain mempersoal perpaduan orang Melayu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, perkara itu tidak pernah diajar Nabi Muhammad SAW yang cukup berhemah ketika bertutur malah berkhutbah.

Menurut beliau, DUPK tidak wajar menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan puak-puak menentang Islam kerana tuduhan seperti itu memerlukan bukti kukuh.

"Masjid atau surau adalah zon sejahtera dan aman. Tak patut gunakan rumah Allah untuk menyindir puak atau kumpulan lain. Seharusnya kita mengajak kepada perpaduan dan benda-benda baik.

"Soal perpaduan Melayu, perkara itu cukup penting dalam konteks Malaysia. Perpaduan Melayu adalah asas perpaduan ummah dan merupakan sebahagian daripada ajaran tauhid," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment