My Add

Monday 1 October 2012

Melayu sudah abai ajaran agama Islam sehingga tolak perpaduan

SHAH ALAM, AHADD, 30 September, 2012: Orang Melayu di negara ini boleh disifatkan berada di persimpangan apabila mereka kini seolah-oleh sudah hilang jati diri sebagai seorang Muslim dan bangsa Melayu.

Pengerusi Yayasan Darul Hanan, Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ini dapat dilihat apabila umat Islam sendiri mengabaikan perkara tonggak dalam agama iaitu persaudaraan Islam.

Beliau berkata, umat Islam sering berpolemik sesama sendiri sehingga melupakan ajaran dan prinsip Islam yang sebenar dan memberikan pelbagai alasan untuk menolak perpaduan dalam kalangan orang Islam sendiri.

"Dengan orang Islam beri 1,001 alasan untuk tidak bersama dan penuh dengan prasangka serta prejudis sedangkan dengan bukan Islam yang jelas tidak pernah berubah malah konsisten menolak pelaksanaan hudud dan tolak negara Islam (boleh bersatu)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment