My Add

Tuesday 23 October 2012

Safee sekali lagi dinasihat tinggalkan ISL

KUANTAN, SELASA, 23 Oktober, 2012: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengulangi nasihat kepada Safee Sali agar menamatkan kontrak bersama kelab Pelita Jaya demi karier bola sepaknya.

Tengku Abdullah berkata, beliau tidak mahu Safee menjadi mangsa keadaan berikutan pengharaman liga bola sepak di Indonesia oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Dia sebagai profesional, dia menyertai Liga Super Indonesia (ISL) untuk bermain bola tetapi hakikatnya kini Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) berada dalam keadaan membimbangkan, dan kita (FAM) tidak mahu Safee menjadi mangsa keadaan.

"Jadi, nasihat saya, Safee perlu menguruskan dirinya sendiri supaya keluar daripada ikatan kontrak," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment