My Add

Friday 12 October 2012

Sheikh Muszaphar filemkan pengalamannya di angkasa

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 OktOBER, 2012: Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berharap untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak Islam dalam bidang penerokaan angkasa dan sains aeroangkasa menerusi filem beliau.

Apabila siap, beliau berkata filem itu yang berdasarkan pengalamannya di angkasa lepas akan mengandungi cebisan dari foto koleksi beliau sendiri dan video semasa melakukan misi meneroka angkasa lepas lima tahun lalu.

Filem bertajuk "N01-10 Hari: 21 Jam: 14 Minit di Pintu Ajal" itu dijangka ditayangkan di pagawam Mac tahun depan.

"Orang sering bertanya saya bagaimana berada di angkasa. Sukar untuk menzahirkan bagaimana saya rasa. Saya berharap filem membolehkan peminat saya untuk mengalami apa yang telah saya alami," katanya.

Beliau berkata beliau telah melihat sebahagian filem tersebut yang mengingatkannya tentang perjalanannya ke angkasa dan berharap ia akan memberi inspirasi kepada ramai orang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment