My Add

Monday 1 October 2012

Skuad Penyu dapat 'sinar baru' jika Che Mat undur

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Rata-rata penyokong skuad Terengganu berpendapat hanya dengan pengunduran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Che Mat Jusoh ia mampu membawa 'sinar baru' kepada Skuad Penyu dan sukan bola sepak negeri itu.

Seorang Penyokong setia, Khairuddin Fakrulddin Sulaiman, 23, berkata kredibiliti dan idea Che Mat selaku Presiden PBSNT, dilihat sudah tidak relevan bagi memajukan pengurusan bola sepak Terengganu.

"Kami akui jasa dan pengorbanan beliau sepanjang memimpin PBSNT dan banyak kejayaan dikecapi namun, kini kami hanya mahu melihat perubahan dalam sukan bola sepak Terengganu," katanya mengulas pendirian tegas Presiden PBSNT semalam bahawa beliau tidak akan berundur sebaliknya, akan berusaha melakukan penambahbaikkan kepada persatuan itu, serta Skuad Penyu.

Khairuddin Fakrulddin berkata, penyokong Skuad Penyu bagaimanapun tetap berikrar untuk meneruskan kempen, Asal Bukan Che Mat (ABC) sehingga pemimpin itu berundur daripada badan bola sepak negeri itu.

"Sebagai penyokong, kami hanya mahu melihat sebuah pengurusan profesional dan persatuan yang mampu berdikari tanpa terlalu banyak bergantung kepada kerajaan negeri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jelas beliau penyokong setia Skuad Penyu hanya mahukan pucuk pimpinan baharu yang mampu tampil dengan idea baharu serta jentera berkaliber untuk mentadbir serta memajukan persatuan.

Seorang lagi penyokong, Fariz Najwan Rafi, 27, berkata Che Mat sepatutnya membentangkan rancangan penambahbaikkan itu dengan teliti agar penyokong setia Skuad Terengganu dapat menilai dan memberikan pandangan.

"Ini beliau cakap mahu buat tambah baik, tapi sehingga kini cakap sahaja. Bentang (rancangan penambahbaikan) kepada kami semua penyokong setia dan dapatkan 'feedback', cara ini lagi bagus.

"Kami akan menunggu pembaharuan yang akan dilakukan PBSNT namun, kami tetap akan meneruskan kempen ABC selagi rombakan yang kami mahukan tidak dibuat," katanya.

Sabtu lepas, kira-kira 500 orang penyokong setia Sang Penyu mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Pantai Batu Buruk bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap PBSNT. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment