My Add

Sunday 28 October 2012

Sudan minat guna kepakaran Felda

SETIU, AHAD, 28 Oktober, 2012: Sudan berminat untuk menggunakan kepakaran teknologi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk dibangunkan di negara itu, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan oleh Duta Sudan di Kuala Lumpur.

"Duta Sudan datang menemui saya kerana mereka berminat mengenai konsep Felda diwujudkan,” katanya kepada pemberita pada majlis korban dan penyampaian dividen Felda Global Venture Holding kepada peneroka wilayah Terengganu di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pengurus Besar Felda, Faizoull Ahmad akan ke Sudan setelah diminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Isa berkata, Dr. Mahathir akan turut berada di negara tersebut untuk merasmikan persidangan ahli-ahli perniagaan Malaysia-Sudan pada 2 November ini.

Menurut beliau, Felda dijemput sama untuk menghadiri persidangan tersebut dan sekali gus akan dapat menerangkan konsep serta pembentukan Felda kepada pihak di sana.

Katanya, Duta Sudan memberitahu bahawa mereka mempunyai tanah untuk menanam kelapa sawit dan ingin tahu cara Felda membangunkan kawasan penerokaan daripada peringkat awal sehingga diteruskan kepada generasi kedua. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment