Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
LANGKAWI, SELASA, 25 Disember, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 128 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini dengan sebuah bot kargo di perairan Pulau Rebak Besar, di sini semalam.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Zulkarnain Mohd. Omar berkata, bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan anggotanya yang sedang membuat rondaan kira-kira lima batu nautika dari pulau berkenaan pada pukul 5 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bot yang dikendali tekong warganegara Myanmar itu menemui 115 lelaki, empat wanita dan sembilan yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. - UTUSAN
*Bot kargo yang dinaiki PATI warganegara Myanmar ditahan ketika dalam
perjalanan masuk ke Malaysia di perairan Pulau Rebak Besar, Langkawi,
kelmarin. - Foto/IHSAN Maritim Malaysia
|
LANGKAWI, SELASA, 25 Disember, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 128 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini dengan sebuah bot kargo di perairan Pulau Rebak Besar, di sini semalam.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Zulkarnain Mohd. Omar berkata, bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan anggotanya yang sedang membuat rondaan kira-kira lima batu nautika dari pulau berkenaan pada pukul 5 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bot yang dikendali tekong warganegara Myanmar itu menemui 115 lelaki, empat wanita dan sembilan yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment