My Add

Monday 3 December 2012

Perkasa Pahang lancar tabung guaman bantu Utusan Malaysia


*ABD. Wahid Abd. Manap (tiga dari kiri) bersama sebahagian ahli jawatankuasa Perkasa Pahang melancarkan tabung bantuan guaman bagi membantu Utusan Malaysia melawan saman Nurul Izzah, di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN, AHAD, 02 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri hari ini melancarkan tabung bantuan guaman membela akhbar Utusan Malaysia yang disaman oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, tabung tersebut akan digerakkan oleh setiap pengerusi Perkasa daerah kepada 10,000 orang ahlinya di seluruh negeri ini.

"Kita tidak kisah hendak derma berapa ringgit, janji dapat membantu Utusan Malaysia, itu adalah matlamatnya. Tabung ini menunjukkan Utusan Malaysia tidak berseorangan dalam menghadapi saman daripada Nurul Izzah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment