My Add

Tuesday 4 December 2012

90 pekerja binaan pelantar di Singapura cedera

SINGAPURA, ISNIN, 03 Disember, 2012: Kira-kira 90 pekerja cedera apabila pelantar minyak yang masih dalam pembinaan di limbungan kapal Singapura tidak stabil dan senget ke satu arah.

Kementerian Buruh Singapura berkata, seorang pekerja dalam keadaan kritikal manakala 22 yang lain cedera parah ketika kejadian di Limbungan Jurong.

“90 pekerja sudah dihantar ke empat hospital, di mana sebahagian besar mengalami kecederaan ringan, seorang dalam keadaan kritikal dan 22 yang lain cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Susulan kejadian itu, kesemua kerja di atas pelantar terbabit dihentikan. - AFP

No comments:

Post a Comment