My Add

Wednesday 26 December 2012

DBP pantau, bantu GLC guna bahasa Melayu

MELAKA, SELASA, 25 Disember, 2012: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang akan bertindak sebagai perancang, penasihat dan pemantau berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam semua GLC di negara ini.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan berkata, perkara itu dipersetujui hasil dialog dan taklimat yang diadakan dengan Kementerian Kewangan baru-baru ini.

"Saya telah berbincang dengan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem dan Kawalan), Datuk Fauziah Yaacob mengenai perkara ini dan dijangka mula dilaksanakan awal Januari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu di Kalangan Belia Malaysia di Rumah Media, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment