My Add

Wednesday, 26 December 2012

Bapa cemas selamatkan 6 anak dalam banjir

PEKAN, SELASA, 25 Disember, 201:2: Seorang bapa kepada enam anak berusia setahun hingga 15 tahun berhadapan detik cemas apabila terpaksa menyelamatkan anak-anaknya setelah rumah didiaminya dinaiki air dalam tempoh sejam di Kampung Sungai Miang, di sini semalam.

Menceritakan kejadian itu, Abdullah Isa, 49, berkata, kejadian pukul 11 pagi itu berlaku dengan cepat dan dia serta isteri sama sekali tidak menyangka air akan naik sepantas itu.

Menurutnya, dia hanya sempat menyelamatkan kesemua anaknya tanpa dapat membawa dokumen penting yang lain kecuali kad pengenalan dan surat beranak ahli-ahli keluarganya.

"Saya juga terpaksa meminta bantuan rakan untuk membawa anak-anak menaiki lori kerana jalan masuk ke kampung juga sudah dinaiki air," katanya kepada Utusan Malaysia k --etika ditemui di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment