My Add

Wednesday, 26 December 2012

Ibu empat anak mangsa pertama banjir

SETIU, SELASA,  25 Disember, 2012: Seorang ibu kepada empat anak menjadi korban banjir pertama selepas mati lemas ketika memukat ikan bersama suaminya di Sungai Lanjut, Hulu Seladang, dekat sini petang ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika Samhanim Ramli, 36, keluar memukat ikan bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin, 40-an, sebelum mangsa terjerlus ke dalam lubang ketika mengharungi air deras setinggi paras dadanya.

Menurut Wan Amran, mereka berdua pergi memasang pukat kira-kira pukul 1 petang dan keluar semula dua jam kemudian untuk melihat hasil tangkapan.

"Ketika mengharungi air di kawasan pukat yang kami pasang, saya berjalan bersama dia sambil tangannya memegang bahu saya namun tiba-tiba dia terjatuh ke dalam satu lubang dan terlepas pegangannya.

"Dia terus tenggelam dan saya cuba mencarinya tetapi gagal lalu memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mencari," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment